awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 23 Ogos

Bernama
Bernama
16/08/2023
09:40 MYT
Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 23 Ogos
Berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON95
#petrol
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan