awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
'Biarkan mahkamah tentukan permohonan Petronas' - Abang Johari
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol RON95, RON97, diesel naik 25 sen bermula malam ini

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2015
12:21 MYT
Harga petrol RON95, RON97, diesel naik 25 sen bermula malam ini
Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015. - Foto Astro AWANI
Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan peningkatan itu, harga minyak seliter kini RM1.95 untuk petrol RON95, RM2.25 bagi RON97 dan RM1.95 bagi diesel.
Peningkatan harga petrol dan diesel ini adalah berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Februari 2014 dan kadar pertukaran matawang.
"Harga baharu ini akan berkuatkuasa bagi bulan Mac 2015. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran.
"Kerajaan pada 21 November 2014 telah memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam satu catatan tweetnya menulis orang ramai perlu mengatur perbelanjaan dengan lebih baik berikutan peningkatan harga petrol ini.
Harga minyak naik maka kita perlu atur belanja dgn baik. Dan kita pernah rasai harga yg lebih tinggi & lebih rendah.. pic.twitter.com/MYReJQH770
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) February 28, 2015
Harga minyak di Msia ikut turun naik harga minyak dunia. Kita pengguna wajar berbelanja dgn bijak bila ia naik/turun pic.twitter.com/YEEgs0LJPS
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) February 28, 2015
Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.
Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.
Harga minyak naik - Mac
Harga minyak naik - Mac
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#harga diesel.
#harga minyak
#harga petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan