KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter bermula esok hingga 8 Dis ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini.
Kementerian itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh itu.
Kenyataan itu memberitahu bahawa harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter walaupun harga pasaran APM untuk RON95 dan diesel meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh itu. - Gambar fail
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Harga petrol RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel tidak berubah
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter bermula esok hingga 8 Dis ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini.