Skip to main content

Malaysia

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

61505906110_YellowNozzle.jpg
61505906110_YellowNozzle.jpg
Advertisement
Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM1.25 seliter dan RM1.55 seliter bermula 2 Mei hingga 8 Mei 2020.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, harga runcit diesel turut kekal yang mana masih berada di paras RM1.40 seliter.

Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pada minggu lalu, harga runcit diesel turun daripada RM1.43 seliter kepada RM1.40 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Must Watch Video

Advertisement