awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 5 sen mulai esok

Bernama
Bernama
28/08/2024
11:20 MYT
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 5 sen mulai esok
Kementerian Kewangan memaklumkan penetapan kadar itu adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen iaitu masing-masing kepada RM3.42 dan RM3.18 seliter bermula esok hingga 4 Sept ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan kadar itu adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga diesel
#harga petrol
#RON97
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan