Harga runcit petrol RON95 naik 4 sen kepada RM1.97 sen seliter berbanding RM1.93 sen untuk tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari 2019.

Sementara RON97 turut naik 4 sen kepada RM2.27 sen seliter berbanding RM2.23 sen seliter untuk tempoh sama.

Bagi harga runcit diesel pula ia kekal tidak berubah pada RM2.18 sen seliter.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat, Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). - Sumber: Kementerian Kewangan

"Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh Kerajaan iaitu RM2.20 seliter.

"Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran ini sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula APM dinaikkan sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter," kata kenyataan itu lagi.