MALAYSIA
Harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan RM2.60 seliter

Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 Sept hingga 8 Okt 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 Sept hingga 8 Okt 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Ringkasan AI
- MoF tetapkan harga RON95 tanpa subsidi pada RM2.60 seliter, manakala dengan subsidi BUDI95 kekal RM1.99 untuk rakyat Malaysia.
- Harga RON97 kekal RM3.21 seliter, diesel di Semenanjung RM2.93 dan di Sabah, Sarawak serta Labuan RM2.15.
- Kerajaan akan terus pantau pasaran minyak dunia bagi jaga kestabilan harga dan kebajikan rakyat.
MoF memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 bagi sektor pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan darat di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pula ditetapkan pada RM2.05 seliter bagi tempoh sama.
Sementara itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter bagi tempoh berkenaan.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM2.93 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menurut MoF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami