KUALA LUMPUR: Harga siling runcit baharu ayam standard RM9.40 sekilogram serta harga telur ayam bagi Semenanjung yang berkuat kuasa mulai hari ini akan dikekalkan untuk tempoh dua bulan.
Harga siling runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji, manakala gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) seperti diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Rabu lalu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan, harga siling ayam di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan juga berkuat kuasa hari ini (1 Julai) untuk tempoh dua bulan iaitu RM9.90 sekilogram di Langkawi, RM11 hingga RM11.30 di Sabah, RM9.80 hingga RM12.90 di Sarawak dan RM11.30 di Labuan.
"Bagi telur ayam pula, harga gred A ditetapkan pada 47 sen sebiji di Sarawak kecuali Limbang dan Lawas pada 49 sen sebiji, gred B (45 sen hingga 48 sen sebiji), gred C (43 sen hingga 46 sen sebiji); di Sabah pada 50 sen hingga 51 sen sebiji bagi gred A, gred B (49 sen hingga 50 sen sebiji) dan gred C (48 sen hingga 49 sen sebiji).
"Di Labuan pula, harga telur gred A ditetapkan pada 51 sen sebiji, gred B (50 sen sebiji) dan gred C (49 sen sebiji)," kata kenyataan itu di sini, pada Jumaat.
Menurut KPDNHEP, keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat rakyat dalam menghadapi masa sukar peningkatan kadar inflasi seluruh dunia yang turut melanda Malaysia termasuk penternak, pembekal, peruncit dan pengguna terutama golongan B40 dan M40.
Menurutnya, harga siling baharu itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat di samping mengekalkan tahap nutrisi dan kesihatan keluarga Malaysia untuk mendapatkan sumber protein yang diperlukan.
"Dengan pelaksanaan harga siling baharu ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022," katanya.
Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram, dan harga maksimum telur ayam gred A ditetapkan pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.
KPDNHEP berkata ia akan terus meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan menggerakkan 2,200 pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan penternak, pemborong dan peruncit mematuhi harga siling baharu yang telah ditetapkan di semua peringkat rantaian.
KPDNHEP berkata Op ATM (Op Ayam, Telur dan Minyak Masak) akan diteruskan bagi memastikan bekalan ayam, telur dan minyak masak sentiasa mencukupi dan stabil di pasaran.
"Op Samar juga akan dilakukan iaitu pegawai penguat kuasa akan melaksanakan operasi tanpa memakai pakaian seragam dan kenderaan kementerian serta melakukan ujian pembelian bagi memastikan peniaga patuh kepada undang-undang terutama bekalan, harga dan tanda harga," jelasnya,
KPDNHEP berkata ia yakin tahap pematuhan di peringkat peniaga terutama peruncit akan kekal tinggi seperti pada penetapan harga siling dan harga maksimum sebelum ini.
Katanya sebanyak 80,179 pemeriksaan telah dijalankan di premis menjual ayam dan telur sehingga 31 Mei lepas menyaksikan pematuhan melebihi 99 peratus dengan hanya melibatkan 121 kes.
Bagi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta Akta Kawalan Barang (AKB) 1961 pula, KPDNHEP berkata sebanyak 846,686 premis telah diperiksa sepanjang tahun ini dan pematuhan juga didapati tinggi melebihi 99 peratus dengan 3,832 kes bersabit dengan AKHAP 2022 dan 615 kes melibatkan AKB 1961.
KPDNHEP berkata tindakan terhadap peniaga akan diambil sekiranya mereka didapati tidak beretika, sengaja melanggar undang-undang, yang mencatut atau berkomplot secara kartel sejajar dengan punca kuasa yang diberikan kepada kementerian melalui AKHAP 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Persaingan 2010.
"KPDNHEP akan terus bersama kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat secara holistik dan tuntas meliputi semua barangan kawalan dan subsidi termasuk minyak masak, petrol, diesel, LPG (gas petroleum cecair), tepung dan gula," katanya.
Astro Awani
Fri Jul 01 2022
KPDNHEP berkata harga siling baharu itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
KPDN tidak bercadang kenakan harga siling terhadap sayur - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran.
Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal sehingga 17 Januari
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 Jan hingga 17 Jan 2024.