awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga siling kit ujian COVID-19: Kerajaan beri tempoh seminggu - Rosol

Bernama
Bernama
04/09/2021
08:28 MYT
Harga siling kit ujian COVID-19: Kerajaan beri tempoh seminggu - Rosol
Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri COVID-19 bermula esok. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA BERANG: Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri COVID-19 bermula esok.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata tempoh seminggu itu diharap dapat meminimumkan kerugian kepada peniaga dan pengusaha farmasi.
"Kami faham mereka pun beli dengan harga lebih dari RM16 dan RM19, jadi masa seminggu itu kami beri mereka habiskan stok sedia ada agar tidak menanggung kerugian besar apabila harga siling berkuat kuasa.
"Pemantauan oleh KPDNHEP tetap dijalankan bermula esok, cuma tindakan undang-undang hanya akan diambil sekiranya peniaga dan pengusaha farmasi menjual lebih daripada harga siling selepas tempoh seminggu tamat," katanya selepas melawat projek ikan air tawar generasi kedua Felda Bukit Bading di sini hari ini.
BACA: Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 - KPDNHEP
KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90 manakala harga borong RM16 berkuat kuasa esok dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Individu yang menjual melebihi harga maksimum boleh didenda mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kit ujian
#COVID-19
#KPDNHEP
#Rosol Wahid
#kit ujian kendiri
#farmasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan