Harga tambang pengangkutan awam tidak boleh diselaraskan sejajar penurunan harga minyak.
Jelas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, harga minyak yang sering turun naik akan menyebabkan ketidaktentuan yang seterusnya mengganggu perkiraan kos operasi.
"Perkhidmatan pengangkutan awam ini tidak boleh ikut turun naik harga pasaran (minyak); kita tak boleh jangka perkara ini. Kalau kita selalu ubah, ia akan menyebabkan uncertainty (ketidaktentuan).
"Kemudian, ada kos-kos lain yang perlu ditampung; saya fikir soal ini tidak berbangkit," jelasnya ketika ditemui dalam majlis pengumuman Sejuta Penumpang Dalam Sehari oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di KL Sentral pada Khamis.
Menurut Syed Hamid, walaupun harga tambang pengangkutan awam meningkat, beliau tidak melihat ia menjejaskan kadar penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu.
Malah ia semakin bertambah dengan pelbagai promosi yang diperkenalkan bagi membantu golongan tertentu menikmati perkhidmatan yang disediakan.
"Ada sistem diskaun untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar. Walaupun ada pengubahsuaian harga tambang, peruntukan sekitar 33 peratus kos operasi iaitu RM250 juta setahun diberi kerajaan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pengguna," katanya.
Mengenai pencapaian Prasarana, Syed Hamid memuji perkembangan memberangsangkan syarikat tersebut.
"Pada pendapat saya, Prasarana telah membawa keuntungan besar dan ia disalurkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan perkhidmatannya. Kita SPAD juga gembira kerana mencapai 20 peratus perkongsian saham dalam sektor pengangkutan awam," jelas Syed Hamid.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana mensasarkan jumlah penumpang dalam sehari mempu mencecah 1.5 juta menjelang pertengahan 2017.
"Tahun ini yang kita rancang dan sedang dalam pembinaan adalah lanjutan untuk jajaran Ampang dan Kelana Jaya yang melibatkan pertambahan tujuh stesen, set tren baharu untuk kedua-dua jajaran tersebut dan juga Monorel, selain suasana tren yang lebih baik.
"Wajah stesen akan ditambah baik untuk menjadi bukan setakat tempat transit, malah tempat yang membolehkan orang ramai menjalankan aktiviti sosial mereka," ujarnya.
Selain itu, kata Azmi, permulaan operasi fasa pertama jajaran satu Mass Rapid Transit (MRT) yang dijangka awal tahun depan juga diharap dapat membantu mencapai sasaran tersebut.
Ketika ini, perkhidmatan rel menyumbang bilangan penumpang paling banyak dengan 265,000 pengguna dicatat menggunakan LRT jajaran Kelana Jaya, jajaran Ampang dengan 195,000 penumpang, sementara Monorel mencatat 72,000 penumpang dalam masa sehari.
Untuk pengangkutan jalan raya, bas RapidKL merangkumi kawasan Lembah Kelang, Selangor merangkumi Bus Rapid Transit (BRT) laluan Sunway yang baharu, serta RapidKuantan dan RapidPenang mencatat 464,800 penumpang sehari.
Israr Khalid
Thu Feb 04 2016
Syed Hamid (gambar) berkata harga minyak yang sering turun naik akan menyebabkan ketidaktentuan yang seterusnya mengganggu perkiraan kos operasi. -Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Harga tambang pengangkutan awam tidak boleh ikut harga minyak - Syed Hamid
Syed Hamid berkata harga minyak yang sering turun naik akan menyebabkan ketidaktentuan yang seterusnya mengganggu perkiraan kos operasi.
Tidak benar Malaysia bakal bankrap - KS Perbendaharaan
Mohd Irwan mengakui kerajaan berhadapan dengan cabaran yang amat besar ketika ini berikutan masalah ekonomi dan ketidakstabilan politik yang berlaku serentak.
Khairy mohon TNB timbang turun tarif elektrik
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.