KENAIKAN harga barangan sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan ayam, telur, minyak masak serta barangan basah mengundang keresahan dalam kalangan pengguna.
Bagaimanapun, peningkatan harga barangan yan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kesan di peringkat global seperti kekangan rantaian bekalan dan peperangan di Rusia-Ukraine, mengakibatkan Malaysia juga terpaksa berdepan dengan tempias tersebut.
Tetapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan berpeluk tubuh dalam mengatasi bebaban kos sara hidup - apabila menyaksikan pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Di sebalik kesukaran yang dihadapi oleh rakyat - yang masih bergelut dengan untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke endemik, kenyataan yang 'tidak relevan' meskipun bersifat seloroh mungkin boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.
Ini dapat dilihat menerusi kenyataan terbaharu yang tular di laman sosial mendakwa Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
"Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah," memetik kenyataan Norena dalam rakaman tersebut.
Susulan kenyataan itu yang dianggap 'kurang peka' dengan situasi semasa, pelbagai sindirin dan tohmahan dilemparkan oleh warganet kepada Norena dan pihak kerajaan.
Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan, malah menasihati agar Norena dan pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan solusi.
Insiden 'tersasul' mengeluarkan kenyataan sebegini bukan pertama kali berlaku ketika mana kenaikan harga barangan menghimpit kehidupan rakyat.
Bak kata pepatah,'terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya'.
Beringatlah, insiden ini sepatutnya menjadi teladan untuk pihak berkaitan dalam mengeluarkan sebarang pandangan - sama ada apa yang dikatakan itu berunsur jenaka atau pilihan kepada rakyat.
Astro Awani
Sat Jul 02 2022

Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan. - Gambar hiasan

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal itu, semua kenyataan yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej Melaka.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Harga telur naik: Pengarah KPDNHEP Melaka diharap lebih sensitif, bijak usul solusi
Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya!