16 ditahan susulan kesahalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini lima tumpuan sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:

1. 16 individu yang ingkar PKPP semalam. Daripada jumlah itu, dua direman dan 14 dikenakan kompaun.

2. Sejak dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,215 PATI dan 215 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus.

3. Penguatkuasa CIDB juga telah mengarahkan 19 tapak binaan diarah tutup kerana tidak patuh SOP.

4. Syarikat penerbangan diminta menyelaraskan harga tiket ke paras normal khususnya untuk pelajar serta guru sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang akan menyambung semula sesi pengajian.

5. Menteri Belia dan Sukan akan membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan seperti bola sepak dan sukan tempur minggu depan.