MELAKA: Kenaikan harga tiket masuk ke lima muzium di Melaka tidak akan merencatkan usaha menarik sekurang-kurangnya 500,000 pengunjung ke negeri tersebut pada tahun ini.
Pengerusi Perbadanan Muzium negeri, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi memastikan muzium terus relevan sebagai destinasi untuk dilawati di Melaka.
"Kenaikan harga dari RM6 kepada RM10 itu bagi menampung kos pengurusan semakin meningkat selain beberapa strategi akan direalisasikan dalam mempromosikan muzium-muzium sedia ada.
"Ini termasuk usaha membuat pertukaran artifak-artifak di muzium negeri ini dengan muzium negeri lain secara pinjaman untuk nilai tambah lokasi pelancongan itu.
"Artifak yang ada di Melaka akan diberi pinjam kepada muzium negeri lain dan artifak negeri lain dibawa masuk ke Melaka
"Kami juga akan berusaha membawa kapal pelayar negara, Datuk Azhar Mansor ke sini sebagai satu artifak berharga yang perlu dipamerkan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Tambah Akramuddin, beliau berharap orang ramai melihat kenaikan harga tiket itu dari sudut positif.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 19 2022

Notis pelarasan harga tiket Muzium Melaka bermula Jun. -Foto Sinar Harian

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.