awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga Toyota Camry Hybrid tidak dinaikkan – RM174,900

Astro Publication
Astro Publication
19/01/2016
07:56 MYT
Harga Toyota Camry Hybrid tidak dinaikkan – RM174,900
Walaupun harga-harga model daripada Toyota telah meningkat kerana penurunan nilai Ringgit yang meningkatkan kos barang import, harga bagi model Camry Hybrid masih kekal pada RM174,900.
UMW Toyota (UMWT) menerangkan bahawa ini adalah kerana Camry Hybrid masih layak menerima insentif sebagai sebuah kenderaan EEV (kenderaan cekap tenaga). [Penerangan mengenai kenderaan EEV boleh didapati di sini] Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki berkata insentif inilah yang menjadikan harga Camry Hybid lebih menarik. Tanpanya, kos bagi teknologi maju seperti Toyota Synergy Drive boleh menjadikan harga jualan naik dengan banyak.
“Kami gembira kerana Toyota Camry Hybrid, iaitu model hibrid Toyota pertama yang dipasang di Malaysia, terus menerima insentif hibrid sehingga akhir tahun 2016,” tambah beliau.
Pemasangan model Camry Hybrid bermula pada April 2015, dengan pelaburan berjumlah RM180 juta antara tahun 2010 sehingga 2015. Namun begitu, harga RM174,900 yang dinyatakan hanya dapat diteruskan sepanjang tahun 2016 sahaja. Bagi 2017, UMWT perlu meneruskan perbincangan dengan kementerian yang terlibat.
Bagi Camry Hybrid, UMWT menawarkan waranti selama lapan tahun bagi pek bateri sistem hibrid tersebut bermula daripada tarikh asal kereta tersebut didaftarkan. Waranti ini turut meliputi model-model hibrid lain seperti Prius dan Prius c yang dijual melalui bilik pameran sah Toyota sejak tahun 2009.
Topic Berkaitan
#
# Camry Hybrid
# hibrid
# Toyota
#UMWT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan