PERUBAHAN iklim semasa bumi yang melampau menuntut penekanan terhadap perlindungan alam sekitar. Meskipun Malaysia berusaha untuk melindungi alam semula jadi dan alam sekitar pada hari ini dan pada masa lepas, pelbagai bentuk pencemaran dan bencana buatan manusia seperti pemburuan haram dan penebangan hutan, kekal sebagai cabaran besar kepada negara.
Kesan buruk ini dapat dilihat dengan kepupusan haiwan dan kemerosotan alam sekitar. Pada 2019, Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera yang terakhir manakala Harimau Malaya dan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan lain diletakkan di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) di bawah kategori terancam. Keadaan ini amat membimbangkan kerana hidupan liar memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem yang sihat, pada masa yang sama memastikan bumi kita kekal dilindungi dan terpelihara.
Kemerosotan kesihatan bumi bukan sahaja memberi kesan negatif kepada flora dan fauna malahan kepada manusia sejagat. Perubahan iklim memberi kesan buruk kepada kawasan pantai dan bandar seperti peningkatan paras air laut dan suhu yang secara langsung atau tidak menjejaskan sektor pertanian dan bekalan makanan negara, perumahan, keselamatan dan kebajikan rakyat.
Sehubungan itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mempromosi dan mengamalkan kelestarian dalam kalangan rakyat, di samping langkah-langkah sedia ada dalam memelihara hidupan liar dan hutan Malaysia, seperti pelaburan dalam teknologi hijau dan penggunaan ekonomi kitaran. Pendekatan seluruh negara amat mustahak dalam usaha berterusan untuk melindungi alam sekitar.
Sempena Hari Bumi Antarabangsa yang disambut pada 22 April, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menyeru kerajaan supaya mengotakan janji untuk mengekalkan 50 peratus kawasan tanah sebagai hutan simpan seperti yang termaktub dalam Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Rio+20). Kerajaan juga perlu memastikan semua taman negara yang diwartakan dipelihara dan dilindungi agar tidak terdedah kepada risiko bencana alam semula jadi dan iklim.
Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2022, Malaysia dijangka akan kehilangan enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 kesan daripada kerosakan ekosistem perhutanan dan perikanan negara.
Seruan MASA ini adalah selaras dengan salah satu objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk mengukuhkan tadbir urus alam sekitar dengan menambah baik dasar dan perundangan, memperkasa fungsi pihak berkuasa tempatan di samping memperkenalkan ekonomi kitaran ke arah mencapai daya tahan yang sistematik untuk jangka masa panjang.
Ini bertujuan menghapuskan penggunaan tidak lestari serta amalan pengeluaran yang boleh membawa kepada kemerosotan alam sekitar dan kehilangan biodiversiti. Ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 17 (SDG 17) yang menyeru untuk memperkukuh pelaksanaan dan mempergiatkan semula Perkongsian Global untuk Pembangunan Mampan.
Kita perlulah sentiasa menjunjung keseimbangan alam dan menjalankan tanggungjawab moral dalam memelihara bumi untuk generasi akan datang.
Selamat Hari Bumi Antarabangsa 2023.
AZRIL MOHD AMIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia
Kenyataan Media
Wed Apr 19 2023
Kerajaan juga perlu memastikan semua taman negara yang diwartakan dipelihara dan dilindungi agar tidak terdedah kepada risiko bencana alam semula jadi dan iklim. - Gambar hiasan
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Hari Bumi Antarabangsa 2023: Kerajaan perlu tunai janji kekal 50 peratus tanah sebagai hutan simpan
Kemerosotan kesihatan bumi bukan sahaja memberi kesan negatif kepada flora dan fauna malahan kepada manusia sejagat.