SINGAPURA: Seorang Ketua Pengarah di Kementerian Luar (MFA) Singapura dijatuhi hukuman penjara selama seminggu pada Isnin kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam berhubung penggunaan beg diplomatik untuk menghantar jam tangan mewah dari China ke Singapura untuk seorang rakan, lapor Straits Times (ST).
Gilbert Oh Hin Kwan, 45, mengaku bersalah pada 26 April dan akan membuat rayuan terhadap hukuman itu. Mahkamah sebelum ini menolak cadangan daripada pendakwaan dan pembelaan untuk mengenakan denda.
Hakim Daerah Sharmila Sripathy-Shanaz dalam penghakimannya berkata, denda tidak sesuai kerana "kesan serius terhadap integriti perkhidmatan awam dan MFA di peringkat domestik - setakat mana proses penyiasatan dalaman telah terjejas - dan di peringkat antarabangsa, jadikan hukuman penjara sebagai permulaan," lapor ST.
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik. Pertuduhan ini diambil kira semasa penjatuhan hukuman.
Beg diplomatik digunakan untuk menghantar dokumen atau barang yang dimaksudkan untuk kegunaan rasmi antara diplomat. Di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, beg diplomatik tidak boleh dibuka atau ditahan.
Menurut laporan akhbar itu, masalah Oh dengan undang-undang bermula apabila dia ingin membantu seorang rakan wanita bukan diplomat yang dikenali dalam dokumen mahkamah sebagai Jiang Si dengan membantunya menghantar jam tangan dari China ke Singapura
Untuk melakukannya, Oh berbohong kepada rakannya, Dion Loke Cheng Wang yang ketika itu bertugas di Kedutaan Singapura di Beijing.
Oh memberitahu Loke bahawa ibu bapa rakan diplomat Chinanya mahu menghantar "sesuatu dalam pakej" kepada Oh di Singapura, dan meminta ia dihantar melalui perkhidmatan beg diplomatik.
Loke tidak mengatur penghantaran pakej itu melalui perkhidmatan berkenaan kerana ia ditangguhkan pada masa itu tetapi sebaliknya, pada 17 Januari 2023, dia menaiki penerbangan dari China ke Singapura, membawa pakej yang dimeterai dalam bagasi peribadinya.
Setibanya di Singapura, Loke kemudian diperiksa oleh pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura dan mendapati pakej dibawanya mengandungi 21 jam tangan mewah, sebentuk cincin dan tujuh buku kanak-kanak yang dimiliki oleh Jiang dan pasangannya.
MFA dimaklumkan dan pada 19 Januari 2023, Oh diminta memberikan laporan bertulis mengenai keadaan itu.
Oh memberitahu MFA bahawa jam tangan itu milik bapanya. Dia juga pada mulanya memberitahu Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 19 Januari 2023 pembohongan yang sama sebelum mendedahkan kebenaran pada kenyataan keduanya keesokan harinya, lapor ST.
Oh telah mengambil cuti tanpa gaji semasa siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.