awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY

Bernama
Bernama
20/05/2024
15:09 MYT
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Wisma Putra berkata, ia "sedar dan amat prihatin" mengenai keselamatan pasukan perubatan Malaysia yang terdiri daripada enam anggota di Rafah, Gaza sejak 1 Mei 2024. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Wisma Putra berkata, ia "sedar dan amat prihatin" mengenai keselamatan pasukan perubatan Malaysia yang terdiri daripada enam anggota di Rafah, Gaza sejak 1 Mei 2024.
Ia berkata pasukan berkenaan daripada Pasukan Perubatan Kecemasan MERCY Malaysia merupakan sebahagian daripada delegasi perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Rafah, Gaza.
"Keselamatan pasukan itu adalah keutamaan utama Kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Wisma Putra berkata kerajaan telah memulakan kerjasama erat dengan Qatar, berasaskan perbincangan baru-baru ini yang diketuai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai usaha kemanusiaan bersama di Gaza dengan Menteri Negara untuk Kerjasama Antarabangsa Qatar, Lolwah Rashid Al-Khater.
Selain itu, kementerian berkata ia juga bekerjasama rapat dengan Kerajaan Mesir dan Kerajaan Jordan untuk meneroka semua kemungkinan bagi pemindahan selamat pasukan itu dari zon konflik.
"Memandangkan keadaan yang tegang dan sangat tidak menentu, adalah penting operasi penyelamatan dijalankan dengan cekap dan lancar melalui saluran diplomatik," katanya.
Disebabkan keadaan yang semakin meruncing di Rafah, Gaza, dan kawasan sekitarnya, Kerajaan Malaysia menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terlibat dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), untuk mengelak daripada pergi ke zon konflik.
Nasihat ini mengulangi arahan yang dikeluarkan semasa mesyuarat antara agensi dengan NGO pada 16 Okt 2023 dan 23 Jan 2024 di Wisma Putra," katanya.
Kementerian menegaskan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kepulangan selamat rakyat Malaysia.
Semua langkah yang perlu sedang diambil, dan kementerian akan terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa pasukan perubatan berkenaan pulang dengan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan perubatan
#mercy malaysia
#Rafah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan