awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Bumi: Pupuk semangat sayangi alam sekitar bermula dari rumah

Kenyataan Media
Kenyataan Media
26/03/2022
08:35 MYT
Hari Bumi: Pupuk semangat sayangi alam sekitar bermula dari rumah
Aktiviti dan inisiatif memupuk masyarakat menyayangi alam sekitar, flora dan fauna dalam situasi santai perlu bermula dari rumah terutamanya bersama ahli keluarga.
KUALA LUMPUR: Sempena meraikan Hari Bumi yang disambut 26 Mac setiap tahun, Kelab Belia Prihatin mengadakan aktiviti menanam tumbuhan dalam pasu yang melibatkan kumpulan belia dari sekitar Lembah Klang berusia seawal umur 17 tahun.
Ketua Belia Prihatin Parlimen Hulu Langat, Tengku Ameyra Hashim berkata aktiviti dan inisiatif memupuk masyarakat menyayangi alam sekitar, flora dan fauna dalam situasi santai perlu bermula dari rumah terutamanya bersama ahli keluarga.
"Pendekatan sebegini penting bagi memastikan anak-anak kecil juga mempunyai kesedaran sivik sekali gus menyediakan aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama-sama ibu bapa.
"Semua tenaga dan usaha yang dilakukan oleh anggota masyarakat pastinya memainkan peranan dan memberi impak bagi memastikan agenda Malaysia Hijau dapat dijalankan tanpa mengira jumlah pokok atau jam masa," katanya.
Program ini memberi pendedahan berkenaan fungsi tumbuhan dalam rumah yang boleh bertindak sebagai pembersih udara alami dengan kadar jagaan yang minima.
Kelab Belia Prihatin juga sedang menumpukan usaha dalam agenda hijau terutamanya dalam kalangan belia di seluruh Malaysia melalui Kempen Penanaman Pokok di Seluruh Malaysia.
Sehingga kini, mereka telahpun menanam hampir 500 pokok termasuk yang terbaharu di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Kempen yang turut dikenali sebagai We Be-Leaf Together ini juga selari dengan inisiatif kerajaan yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok baru menjelang 2025.
Topic Berkaitan
#Hari Bumi
#Belia Prihatin Parlimen Hulu Langat
#kempen alam sekitar
#tanam tumbuhan dalam pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan