awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SC tambah 59 nama dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama
MALAYSIA
FOMCA sokong struktur tarif baharu elektrik
MALAYSIA
Ops Khas JISA untuk audit 500 syarikat pengendali syarikat bas, lori mulai Isnin ini - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September

Bernama
Bernama
12/02/2025
05:15 MYT
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Nga berkata program tahunan itu akan diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Nga berkata program tahunan itu akan diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Beliau berkata Hari Cuci Malaysia akan dilaksanakan dengan pendekatan seluruh negara oleh kementerian, jabatan, agensi Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, institusi pendidikan, badan swasta, dan entiti lain mengikut kesesuaian serta kapasiti masing-masing.
"Ini adalah selaras dengan inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan 20 Sept sebagai Hari Pembersihan Sedunia bagi menangani isu pencemaran sisa yang semakin meningkat dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembersihan awam.
"Kini, Malaysia telah menjadi antara destinasi pelancongan pilihan utama. Melalui inisiatif ini, kita berhasrat untuk menaikkan lagi imej sebagai negara yang bersih dan aman supaya kita dapat terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia," katanya.
Nga berkata pelaksanaan Hari Cuci Malaysia tahun lepas mencatatkan tiga rekod nasional baharu dalam The Malaysian Book of Records (MBOR) bagi bilangan penyertaan teramai seluruh negara iaitu 58,007 orang, jumlah kutipan sisa pepejal terbanyak dalam masa sehari iaitu 4,645.5 tan metrik dan pelaksanaan aktiviti gotong-royong terlama iaitu 12 jam.
Beliau berkata tahun ini KPKT menyasarkan untuk menarik 100,000 peserta yang akan turut melibatkan murid sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari cuci malaysia
#KPKT
#Nga Kor Ming
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami