KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa hari ini adalah hari terakhir Ahli Parlimen Tambun itu untuk menarik balik fitnah dan meminta maaf terhadapnya.
Menerusi kenyataannya dalam ciapan Twitter, Tun Dr Mahathir menegaskan sekiranya Anwar tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan.
"Jika tidak, saya telah arah peguam saya untuk teruskan tindakan undang-undang tersebut.
"Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya," jelasnya.
Tambah Tun Dr Mahathir, perbuatan Anwar disifatkannya sebagai terdesak sebelum Ahli Parlimen Tambun itu menjawat jawatan Perdana Menteri.
Namun dakwanya, tindakan tersebut terus dilancarkan terhadapnya meskipun telah menjadi Perdana Menteri.
"Ini agak pelik. Dia fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun. Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya.
"Saya tidak ambil tindakan kerana saya anggap ianya perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi Perdana Menteri.
"Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi Perdana Menteri dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak saya ambil tindakan undang-undang.
"Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon Apr 17 2023
Dr Mahathir mengingatkan Anwar bahawa hari ini adalah hari terakhir Ahli Parlimen Tambun itu menarik balik fitnah dan meminta maaf terhadapnya. - Gambar fail/ Bernama
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan faisal halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.