awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kanser Sedunia: Jangan ego atau malu, jalani pemeriksaan segera - Brendan Gan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/02/2022
11:27 MYT
Hari Kanser Sedunia: Jangan ego atau malu, jalani pemeriksaan segera - Brendan Gan
Brendan berharap orang ramai tidak takut untuk membuat pemeriksaan kanser, terutama di peringkat awal supaya ia dapat ditangani segera dan tidak membarah. - Foto Facebook/SelangorFC
KUALA LUMPUR: Kekal positif dan harungi segala cabaran dengan tabah.
Itu mesej jelas pemain tengah skuad bola sepak Selangor FC, Brendan Gan ketika berkongsi perjalanan kisahnya bertarung kanser testis.
Jelasnya, adalah normal untuk setiap manusia mempunyai rasa kecewa atau hampa selepas ditimpa musibah.
Namun, Kapten Selangor FC itu menegaskan, setiap individu terutama pejuang kanser perlu bingkas bangkit dengan penuh rasa positif dan keazaman tinggi.
"Apabila dapat tahu anda ada kanser, mesej jelas saya adalah jangan takut dengan perkataan kanser yang akan membawa emosi negatif, anda akan fikir yang buruk apabila mendengar kanser.
"Mesej saya cuma tangani dengan baik, kekal positif dalam semua situasi dan kita akan tangani semua.
"Mengetahui saya menghidap kanser, terutama selepas saya sering menjaga tahap kesihatan saya, kekal cergas dan sihat," katanya.
Brendan (kanan) ditemu bual penyampai Astro AWANI, Nailah Huda. - Foto Selangor FC
Brendan (kanan) ditemu bual penyampai Astro AWANI, Nailah Huda. - Foto Selangor FC
Brendan berkongsi kisahnya itu dalam temu bual bersama penyampai Astro AWANI, Nailah Huda bersempena Hari Kanser Sedunia 2022 anjuran TDC Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Selangor FC di Subang Jaya.
Beliau dalam masa sama turut menegaskan supaya orang ramai tidak perlu takut untuk membuat pemeriksaan kanser terutama di peringkat awal supaya ia dapat ditangani segera dan tidak membarah.
"Jangan rasa malu atau ego berkenaan kesihatan, lihat keadaan sekeliling. Sekiranya seseorang itu berjumpa doktor, apa masalahnya? Mestikah ada masalah?
"Berjumpa dengan doktor ialah perkara terbaik yang anda lakukan. Ia telah menyelamatkan nyawa saya.
"Jangan ada ego atau takut untuk berjumpa doktor. Pemeriksa kesihatan anda, ambil tahu semua perkara berkenaan kesihatan anda.
"Akhirnya, ia bukan sahaja demi kebaikan anda, tetapi juga orang kesayangan disekeliling anda," katanya.
Brendan, 34, disahkan dijangkiti kanser testis pada Julai tahun lalu dan berjaya menjalani pembedahan.
Pemain skuad kebangsaan itu turut perlu menjalani rawatan kimoterapi susulan pembedahan tersebut.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#brendan gan
#Pejuang kanser
#hari kanser sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan