awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari ke-12 Op Selamat 15/2019 catat 207 kematian

Agensi
Agensi
10/06/2019
07:33 MYT
Hari ke-12 Op Selamat 15/2019 catat 207 kematian
Enam kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. - Gambar fail
Op Selamat 15/2019 hari ke-12 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dilancarkan sejak 29 Mei lalu merekodkan 207 kematian.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mengikut laporan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sebanyak 19,515 kemalangan dicatatkan di seluruh negara.
Menurutnya, daripada jumlah itu, negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 37 kes, diikuti Johor (32), Perak (19), Pahang (17), Kedah dan Sabah (16), Sarawak dan Kelantan (14), Negeri Sembilan dan Terengganu (9), Pulau Pinang (7), Kuala Lumpur dan Melaka (6) serta Perlis (5).
“Sebanyak 27,646 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 193 daripadanya merupakan kemalangan maut.
"Statistik turut menunjukkan, sejumlah 266,294 saman dikeluarkan daripada 3,544 operasi yang telah dijalankan seluruh negara setakat semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas berhubung kejadian jenayah kes pecah rumah, beliau berkata, sebanyak 573 kes dilaporkan di seluruh negara dan Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 142 kes, diikuti Sabah dengan 58 kes.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata polis memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.
Enam kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.
Topic Berkaitan
#Asmawati Ahmad
#Hari Raya Aidilfitri
#Johor
#Kedah
#Kelantan
#Kuala Lumpur
#Melaka
#Negeri Sembilan
#Op Selamat 15 2019
#Pahang
#Perak
#Perlis
#Polis Diraja Malaysia
#pulau pinang
#Sabah
#Sarawak
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan