awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela sahkan 47 askar maut dalam operasi AS tangkap Maduro
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan 2025: Perarakan berkuda aset PDRM uji kemampuan pengendali

Bernama
Bernama
31/08/2025
07:30 MYT
Hari Kebangsaan 2025: Perarakan berkuda aset PDRM uji kemampuan pengendali
Sebanyak 30 ekor kuda pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred dan Stock horse menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.
PUTRAJAYA: Penglibatan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred, dan Stock horse, sememangnya dinanti-nantikan pengunjung.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 30 ekor kuda pelbagai baka terkemuka seperti Warmblood, Polo pony, Arabian, Thoroughbred dan Stock horse menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, diketuai Pengarah KDNKA Datuk Seri Azmi Abu Kassim.
  • Kuda-kuda ini dilatih secara intensif untuk tugasan kawalan rusuhan, rondaan sempadan dan pencegahan jenayah, termasuk pendedahan kepada bunyi ekstrem bagi membiasakan mereka dengan situasi operasi sebenar.
  • Kecekapan anggota PDRM dalam mengendalikan kuda bergantung kepada ikatan emosi dan rutin penjagaan harian seperti grooming, yang penting untuk membina kepercayaan serta memastikan kawalan berkesan dalam situasi tekanan.

Pada acara sambutan di Dataran Putrajaya tahun ini, sebanyak 30 ekor kuda aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil bahagian, diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Azmi Abu Kassim.
Di sebalik kejinakan dan kepatuhan semasa menyertai perbarisan, tidak ramai mengetahui bahawa anggota PDRM yang mengendali haiwan berkenaan mestilah seorang yang cekap dan bijak untuk 'menawan' hati haiwan itu yang terkenal dengan sifat sensitif lebih-lebih lagi terhadap bunyi.
Pegawai Pemerintah Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Dayang Kasmayane Awang Anak berkata kuda yang terlibat bukan calang-calang kerana telah dilatih dengan rutin ketat termasuk melakukan tugasan seperti kawalan rusuhan, pencegahan jenayah, dan rondaan sempadan negara.
"Untuk itu, semua aset berkuda PDRM ini diberi pendedahan kepada bunyi-bunyi kecil sehinggalah kepada bunyi bising yang ekstrem seperti muzik, siren, loceng, tembakan, dan letupan," katanya kepada Bernama selepas sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Dayang Kasmayane berkata pendedahan itu penting bagi membiasakan kuda dengan keadaan sebenar ketika operasi atau menghadapi insiden luar jangka seperti berdepan rusuhan yang memerlukan kawalan 'crowd control' berkesan.
Untuk perarakan Hari Kebangsaan pula, sensitiviti kuda bukan hanya pada persekitaran yang bising tetapi juga pada kehadiran objek terbang seperti jet pejuang.
"Jadi, sekiranya kuda terkejut dan hilang kawalan, 'handler' kami ada beberapa teknik untuk mengawal keadaan termasuk membuat bulatan yang semakin mengecil sehingga kuda berhenti," katanya.
Namun, Dayang Kasmayane berkata teknik itu bukan mudah dilakukan tanpa ada 'ikatan emosi' yang kuat antara kuda dan penunggangnya.
"Selalunya untuk mewujudkan bonding itu, anggota kita akan melakukan grooming setiap hari seperti membersih, memandikan, dan menyikat bulu kuda. Ini bukan sahaja penting untuk keselesaan fizikal kuda tetapi juga bagi membina kepercayaan yang utuh.
"Apabila kami mempunyai bonding yang baik, kuda akan lebih memahami arahan dan tingkah laku penunggang, terutamanya dalam situasi tekanan.
"Sebab itu, penyertaan Unit Berkuda PDRM semasa perbarisan Hari Kebangsaan signifikan kerana kita nak memaparkan imej disiplin dan keunikan pasukan ini serta mengimbangi kekuatan dan hubungan erat antara manusia dan haiwan," katanya.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2025
#Unit Berkuda PDRM
#Azmi Abu Kassim
#Dayang Kasmayane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan