KUALA LUMPUR: Ahli politik merupakan punca kepada timbulnya pelbagai isu berkaitan kaum dan agama di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Belia Malaysia, Farid Aidy berkata, rakyat Malaysia secara umumnya tidak pernah mempunyai isu dalam hal perpaduan kaum, namun ia dijadikan bahan sebilangan ahli politik untuk mengapi-apikan permusuhan atas kepentingan peribadi dan parti masing-masing.
"Dahulu sangat jarang kita dengar ada isu berkaitan kaum dan agama. Saya sendiri datang dari sekolah yang 50 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan bakinya India. Tetapi kami tak ada masalah untuk berkawan baik.
"Kebelakangan ini, isu perkauman dari ahli politik sendiri sering dimainkan termasuk isu 3R. Saya harap isu-isu ini tidak lagi diutarakan sebab kita sebenarnya tak ada isu pun.
"Kalau jumpa kawan berbangsa lain, kita orang Melayu tak pernah rasa tak kena, kita boleh berkawan baik dengan mereka," katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi, pada Khamis.
Justeru beliau melihat inisiatif Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan dalam menyemai semangat perpaduan kaum dari peringkat sekolah sebagai usaha yang patut dipuji.
Bagi Exco SDG dan Antarabangsa Majlis Belia India Malaysia, Peshminder Pall Singh pula, beliau berpendapat kerajaan dan wakil rakyat seharusnya menumpukan terhadap usaha memperbanyakkan lagi kemudahan untuk rakyat semua golongan, selain memberi penjelasan tentang usaha yang sudah dilakukan dan boleh dinikmati rakyat.
"Kerajaan hari ini perlu memainkan peranan dalam meningkatkan lagi kerja-kerja penerangan. Mereka harus menerangkan tentang inisiatif yang dilakukan kepada rakyat.
"Kalau dilihat dari segi mainstream, banyak peluang sedia ada tetapi tak ramai yang tahu. Jadi yang saya harapkan kerja-kerja penerangan daripada kerajaan dipertingkatkan, yang ada sudah bagus tapi kalau dapat dipertingkatkan lagi bagus," katanya.
Madiha Abdullah
Thu Aug 31 2023
Rakyat Malaysia secara umumnya tidak pernah mempunyai isu dalam hal perpaduan, namun ia dijadikan bahan berpolitik sehingga menimbulkan isu. - Foto Bernama
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.