awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Teksi air boleh didapati di lima lokasi - Fahmi

Bernama
Bernama
21/08/2024
11:45 MYT
Hari Kebangsaan: Teksi air boleh didapati di lima lokasi - Fahmi
Perkhidmatan teksi air disediakan khusus kepada orang ramai untuk memudahkan pergerakan dari kawasan parkir ke Dataran Putrajaya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan teksi air di lima lokasi sekitar sini pada 31 Ogos nanti, iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata perkhidmatan itu disediakan khusus kepada orang ramai untuk memudahkan pergerakan dari kawasan parkir ke Dataran Putrajaya di sini, bagi menyaksikan pelbagai persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.
"Pada 31 Ogos ini kita sediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang ramai bermula dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari. Semua yang hadir untuk sambutan Hari Kebangsaan seharusnya manfaatkan kemudahan ini," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Perbadanan Putrajaya turut menyediakan kemudahan 'cruise' tasik dan 80 bas ulang alik pada 31 Ogos ini.
Sementara itu Fahmi turut mengajak orang ramai memeriahkan Floria Diraja Putrajaya 2024 yang akan bermula esok sehingga 1 September ini di Persisiran Tasik, Presint 2.
"Kita ambil maklum bahawa Floria Diraja Putrajaya 2024 akan bermula esok, dan sempena sambutan Hari Kebangsaan nanti, orang ramai boleh ambil kesempatan melawat program ini," katanya.
Floria Diraja Putrajaya 2024 bertemakan 'Raikan Bersama, Celebrate Together!' akan mempamerkan lebih 500 jenis orkid daripada pelbagai spesies dan hibrid pelbagai warna termasuk lebih 15 koleksi orkid khas yang terdiri daripada nama-nama Diraja dan orang kenamaan.
Acara itu bermula 9 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis, dan 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#teksi air
#Putrajaya
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan