MALAYSIA
Hari Pelarian Sedunia: Budaya Myanmar ditonjol, kenang kehidupan tanah air

Tarian tradisional mewakili lapan kumpulan etnik berbeza di Myanmar, penari lelaki dan wanita mengenakan pakaian warna-warni melambangkan kepelbagaian. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hidup jauh dari tanah air yang dilanda sengketa, hanya budaya warisan dibawa sebagai pengubat rindu.
Ringkasan AI
- Program "Stand With Myanmar" diadakan sempena Hari Pelarian Sedunia di Kuala Lumpur untuk memperkenalkan budaya, seni dan makanan Myanmar kepada masyarakat tempatan sambil memupuk empati terhadap pelarian.
- Pengerusi COBEM menyeru agar hubungan antara rakyat Myanmar dan Malaysia diperkuatkan, menyatakan bahawa walaupun pelarian hanya menumpang sementara, mereka mahu menyumbang kepada kemajuan negara tuan rumah.
- Acara menampilkan persembahan tarian etnik, gerai kraftangan dan makanan tradisional Myanmar, menonjolkan kepelbagaian budaya sebagai jambatan pemahaman antara komuniti.
Ia sebagai inisiatif memanusiakan kelompok pelarian Myanmar, supaya timbul ihsan terhadap krisis pergolakan dihadapi mereka.
Pengerusi Gabungan Etnik Burma Malaysia (COBEM), James La Seng Tsumhka berkata hubungan antara warga Myanmar dan rakyat Malaysia harus diperkukuh.
"Kami mahu mengenali budaya dan cerita anda, kami juga boleh berkongsikan tentang budaya kami kepada anda.
"Sebagai pelarian, kami hanya di sini untuk perlindungan sementara tetapi semasa kami berada di sini (Malaysia), ia adalah rumah kami. Ini sangat penting kerana kita perlu tinggal dan menjalani kehidupan bersama.
"Kami mahu bekerjasama menjadikan Malaysia negara lebih maju. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meluangkan lebih banyak masa bersama bagi memahami antara satu sama lain," ujar James.
Antara tumpuan yang mencuri perhatian adalah tarian tradisional mewakili lapan kumpulan etnik berbeza di Myanmar, penari lelaki dan wanita mengenakan pakaian warna-warni melambangkan kepelbagaian.
Beraneka gerai turut dibuka mempamerkan kraftangan seperti tenunan kain longyi yang disulami corak unik.
Tidak dilupakan hidangan juadah popular Myanmar yang meliurkan, paling lazat 'shat jam' iaitu nasi beraroma disertakan ayam berempah.
Sempena Hari Pelarian Sedunia, pelarian Myanmar harus dilihat mempunyai harapan dan cita-cita seperti manusia biasa dan sewajarny rakyat negara ini wajar melihat situasi dihadapi kumpulan itu daripada kaca mata lebih manusiawi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami