Institusi masjid ataupun surau sering dilihat eksklusif untuk umat Islam sebagai tempat khusus untuk beribadat semata-mata sehingga tidak boleh langsung melibatkan penganut agama lain.
Namun, harus diingat bahawa Islam dan ibadatnya tidak hanya tertakluk kepada solat, zikir dan membaca Al-Quran sahaja. Ia lebih daripada itu.
Atas kesedaran tersebut, Surau Al-Syakirin Bandar Utama bersama Yayasan Hidayah Centre membuka pintunya untuk menjemput seluruh komuniti, khususnya tetangga beragama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain dalam program ‘Mosque Open Day’ (MOOD).
Objektifnya: membawa komuniti bukan beragama Islam untuk mendekati serta memahami Islam menerusi institusi masjid sebagai pusat aktiviti dan pembangunan masyarakat setempat.
"Kita bukan nak mengajak atau jauh sekali memaksa siapa-siapa untuk menukar agama.
"Apa yang kita buat ini adalah untuk menyampaikan Islam itu sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’ (rahmat sekalian alam), sebuah agama universal dengan nilai-nilai universal dan kalau boleh menepis prejudis serta syak wasangka tentang Islam,” kata pengarah program, Jamaludin Shamsudin.
Masyarakat berbilang kaum diterangkan mengenai fungsi surau dan masjid untuk kepentingan masyarakat secara keseluruhan - Gambar Astro AWANI/ISRAR KHALID
Surau Al-Syakirin sudah terbentuk sejak hampir 20 tahun yang lepas, namun akui Jamaludin, sesama komuniti di kawasan Bandar Utama itu sendiri masih kurang mengenali antara satu sama lain.
Ditambah pelbagai isu dan ketegangan antara agama yang dibangkitkan media Barat khususnya sejak akhir-akhir ini membuatkan golongan bukan Islam terpengaruh bertindak untuk menjauhkan diri dengan komuniti Islam.
Menerusi inisiatif buka pintu dan mengadakan pelbagai aktiviti di masjid atau surau seumpama ini, jelas Jamaludin, ia secara langsung mampu mengeratkan kejiranan, seterusnya mewujudkan perpaduan yang lebih utuh.
"Masyarakat di Bandar Utama ini boleh dikatakan sekitar 80 peratus penduduknya adah yang bukan beragama Islam, jadi adalah penting untuk kita mengenali dan menyantuni mereka supaya kita dapat membentuk persefahaman dan keharmonian," jelas Jamaludin.
Sementara itu, pengurus program yang juga Pengerusi Hidayah Centre Petaling Jaya, Rahibah Che Omar berkata, MOOD juga secara tidak langsung dapat mengajar umat Islam untuk tampil lebih terbuka dan sedia menyambut golongan bukan Islam untuk mendekati agama itu.
Jelas Rahibah, masih ada segelintir umat Islam yang konservatif sukar menerima keterbukaan dan tidak menampilkan ajaran Islam sebenar kepada komuniti bukan Islam, menjadi antara sebab wujud persepsi negatif terhadap ajaran Allah itu.
"Tugas mereka (ahli jawatankuasa dan qariah surau dan masjid) untuk menunjukkan kecantikan Islam bukan terhad dalam lingkungan komuniti Islam sahaja. Islam itu sebenarnya inklusif untuk semua.
“Kita tahu bercakap mengenai agama adalah satu perkara yang sensitif, jadi bila mereka datang ke sini kita pun sacara terbuka bercerita dan mereka pun secara terbuka juga menerima untuk tahu dan belajar,” katanya.
Dalam program sehari yang berlangsung dari 9 pagi hingga 1 petang itu, antara aktiviti yang diadakan adalah lawatan ke sekitar surau yang dikendalikan oleh kakitangan Program Jelajah Masjid dari Masjid Wilayah Persekutuan yang turut sama menjayakan program itu.
Pengunjung dibawa ke serata kawasan surau seperti ruang solat, juga ditunjukkan ibadat yang dilakukan di masjid serta cara-caranya dan penjelasan mengenainya.
Timbalan Presiden Persatuan Penganut Agama Buddha Bandar Utama (BUBS), Chiam Swee Ann mengakui ia satu pengalaman menarik buatnya untuk mengetahui dengan lanjut mengenai Islam.
“Selalu saya datang ke sini setiap kali dijemput untuk jamuan pada Hari Raya tetapi ini kali pertama saya masuk ke dalam ruang sembahyang.
“Mereka tunjukkan cara membasuh tangan, kaki dan muka (wudhuk), sangat menyegarkan sebelum masuk ke dalam. Juga kami ditunjukkan postur ketika sembahyang, penjelasan tentang seluruh struktur dan maklumat tentang Islam. Ada beberapa bahagian yang saya lihat kita (Islam dan Buddha) ada persamaan,” katanya.
Masyarakat bukan Islam ditunjukkan cara-cara berwuduk - Gambar Astro AWANI/ISRAR KHALID
Chiam melihat aktiviti antara agama itu harus dikembangkan dan lebih kerap bukan sahaja di Bandar Utama dan kawasan sekitarnya, malah ke seluruh negara supaya dapat membentuk masyarakat yang lebih aman dan harmoni.
Selain lawatan surau, juga diadakan pelbagai aktiviti lain seperti ‘free market’, sesi perkongsian dengan saudara baru, reruai ambil gambar ‘How Do I Look In Hijab’, serta pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan Segi University & College dan Pusat Perubatan Tropicana.
Israr Khalid
Sun Jan 15 2017
Institusi masjid sering dilihat eksklusif untuk umat Islam sehingga tidak boleh langsung melibatkan penganut agama lain. - Gambar Astro AWANI/ISRAR KHALID
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Hari Terbuka Masjid Surau Al-Syakirin Bandar Utama ajak komuniti agama lain dekati Islam
Institusi masjid ataupun surau sering dilihat eksklusif untuk umat Islam sebagai tempat khusus untuk beribadat semata-mata sehingga tidak boleh langsung melibatkan penganut agama lain.