awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari TVET Negara 2024 buka peluang peroleh maklumat dan kerjaya 'tangan emas'

Amzar Alif
Amzar Alif
06/06/2024
08:26 MYT
Hari TVET Negara 2024 buka peluang peroleh maklumat dan kerjaya 'tangan emas'
Suasana sekitar tinjauan persiapan sempena sambutan Hari TVET Negara 2024 bersama media di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor pada Rabu. -Gambar Hari TVET Negara 2024
Bagi menghargai peranan 'tangan emas' bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sambutan Hari TVET Negara bakal dijalankan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor selama dua hari bermula esok.
Sambutan itu dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung dengan pelbagai program menanti termasuk pameran dan demonstrasi kemahiran TVET.
Ketua Sekreteriat Majlis TVET Negara, Dr Mohd Faizal Tokeran berkata, pengisian tersebut merangkumi pameran aeroangkasa daripada politeknik banting dan kenderaan elektrik (EV) oleh dua syarikat EV terlibat.
“Aktiviti-aktiviti yang ada dapat diklusterkan dalam lima hab iaitu TVET Seminar, TVET Exhibition, TVET Challenge, TVET Job Fair dan TVET Entrepreuneur.
“Kelima-lima hab ini kita akan sediakan maklumat-maklumat berkaitan semua aktiviti kepada pengunjung yang bakal berkunjung ke Hari TVET Negara 2024,” katanya kepada media semasa tinjauan persediaan Hari TVET Negara 2024 bersama pada Rabu.
Tambahnya, lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam bidang TVET turut bakal ditawarkan oleh 20 syarikat di bawah platform MYFutureJobs.
“Kepada mereka yang cenderung kepada ilmu amali atau praktikal, kita seru dan kita sarankan supaya mereka menceburi dalam bidang TVET.
“Bidang ini menyediakan peluang daripada tahap paling rendah sehingga tahap paling tinggi yang boleh disertai atau diterokai oleh bakal pelajar,” ujarnya.
xxx
Sambutan Hari TVET Negara 2024 dijadualkan berlangsung bermula 7-8 Mei ini dengan pelbagai program dan aktivit menarik menanti. Gambar/ Hari TVET Negara 2024
Beliau mengajak orang ramai yang berkelapangan untuk tidak melepaskan peluang hadir pada sambutan tersebut agar memperoleh maklumat mengenai potensi dan hala tuju program TVET yang kini bukan lagi pilihan terakhir.
Sambutan yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu ini akan turut menyaksikan pelancaran Dasar TVET Negara 2030 yang berperanan sebagai rujukan dalam memacu institusi TVET supaya kekal berdaya saing di peringkat global.
Topic Berkaitan
#Hari TVET Negara 2024
#ILP Banting
#Dr Mohd Faizal Tokeran
#tangan emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan