awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Wesak angkat nilai kasih sayang, keinsafan diri - Aaron

Bernama
Bernama
11/05/2025
23:00 MYT
Hari Wesak angkat nilai kasih sayang, keinsafan diri - Aaron
Aaron berkata Hari Wesak mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, belas ihsan dan keinsafan diri yang selari dengan aspirasi perpaduan negara. - Foto Facebook/Aaron Ago Dagang
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
Beliau berkata Hari Wesak mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, belas ihsan dan keinsafan diri yang selari dengan aspirasi perpaduan negara.
"Kepelbagaian adalah kekuatan Malaysia. Namun kekuatan ini hanya mampu dikekalkan jika kita faham antara satu sama lain, hormat kepada perbezaan dan terima kepelbagaian sebagai sebahagian daripada identiti negara.
"Nilai-nilai ini (iaitu) faham, hormat dan terima bukan hanya untuk ditutur, tetapi untuk dihayati dalam tindakan dan dasar kita," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata nilai-nilai itu harus bermula di rumah, diperkukuh di sekolah, diterjemah dalam komuniti dan dipelihara oleh setiap warganegara.
Hari Wesak yang disambut esok merupakan hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Wesak
#nilai kasih sayang
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami