awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau dirempuh: Pemandu MPV beri penjelasan

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2016
00:34 MYT
Harimau dirempuh: Pemandu MPV beri penjelasan
Seekor harimau belang mati selepas dirempuh Hyundai Starex dalam kejadian di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman.
Insiden seekor harimau belang dilanggar dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) menjadi viral di media sosial.
Netizen memberikan pelbagai komen dan pandangan mengenai perkara itu, malah ada juga yang membuat tuduhan melulu kepada pemandu kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut jurufoto bebas, Syahrin Abdul Aziz iaitu pemandu kenderaan berkenaan menyifatkan, kejadian itu tidak dapat dielakkan memandangkan haiwan berkenaan tiba-tiba sahaja berlari menyeberang lebuh raya tersebut, betul-betul di hadapan keretanya.
Awal pagi semalam, seekor harimau belang mati selepas dirempuh Hyundai Starex dalam kejadian di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, insiden dipercayai berlaku ketika harimau terbabit cuba melintasi lebuh raya berkenaan sebelum dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.
Polis bagaimanapun mengesahkan kejadian itu berkata empat mangsa termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bangkai harimau belang berkenaan yang dipercayai bunting itu, akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#dirempuh
#harimau
#LPT2
#MPV
#Syahrin Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan