awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hartal Doktor Kontrak: Polis buka kertas siasatan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/07/2021
05:26 MYT
Hartal Doktor Kontrak: Polis buka kertas siasatan
Sebilangan individu yang menyertai Hartal Doktor Kontral di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin. - Gambar Elill a/l Easwaran
KUALA LUMPUR: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung gerakan Hartal Doktor Kontrak susulan mengadakan perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam tempoh PKP tiada siapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan.
"Kita akan buka kertas siasatan kerana dalam tempoh PKP tiada sesiapapun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat bagi apa jua maksud.
"Sama ada keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah kesihatan sepertimana yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat pukul 11 pagi Isnin.
Himpunan itu dibuat sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.
BACA: Hartal Doktor Kontrak: 30 doktor kontrak tunjuk solidariti di HRPB Ipoh
BACA: Hartal Doktor Kontrak: 50 doktor adakan himpunan aman di Hospital Melaka
Pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya doktor kontrak tidak meneruskan mogok berkenaan.
Dr Noor Hisham meminta supaya doktor kontrak tidak mengabaikan pesakit dengan melakukan mogok yang boleh menjejaskan ratusan nyawa serta kerjaya mereka sendiri.
Beliau mengakui faham dengan tuntutan mereka yang mahu berkhidmat secara tetap, namun berharap mereka menerima terlebih dahulu lanjutan kontrak dua tahun yang diumumkan kerajaan.
Katanya, lanjutan itu bagi memberi tempoh kepada pindaan dilaksanakan terhadap Akta Pencen 1980, supaya jawatan tetap boleh digajikan dengan pilihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tanpa pencen.
Sementara menunggu pindaan itu, katanya, kerajaan akan membenarkan petugas kontrak untuk menyambung pengajian sarjana, dan menawarkan jawatan tetap dengan pilihan KWSP, apabila tersedia nanti.
Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
BACA: Hartal Doktor Kontrak: Noor Hisham gesa doktor tidak sertai demonstrasi
Topic Berkaitan
#hartal doktor kontrak
#Hospital Kuala Lumpur
#perintah kawalan pergerakan
#Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#fasiliti kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan