awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hartal Doktor Kontrak: 50 doktor adakan himpunan aman di Hospital Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/07/2021
05:42 MYT
Hartal Doktor Kontrak: 50 doktor adakan himpunan aman di Hospital Melaka
Himpunan yang dilakukan berhampiran lobi utama hospital itu diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang kekecohan. - Foto Astro AWANI
MELAKA: Lebih 50 doktor kontrak di Hospital Melaka, Bukit Palah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ruang parkir hospital berkenaan hari ini.
Himpunan yang dilakukan berhampiran lobi utama hospital itu diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang kekecohan.
Ia dibuat sebagai bantahan kerana tuntutan kumpulan doktor itu untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.
Tinjauan Astro AWANI di ruang hospital berkenaan mendapati, kumpulan itu mula memenuhi ruang parkir tersebut tepat jam 11 pagi dengan memakai pakaian bewarna hitam sambil mengangkat plakad sebagai tanda bantahan.
BACA: Hartal Doktor Kontrak: Polis buka kertas siasatan
BACA: Hartal Doktor Kontrak: 30 doktor kontrak tunjuk solidariti di HRPB Ipoh
BACA: Hartal Doktor Kontrak: Noor Hisham gesa doktor tidak sertai demonstrasi
Himpunan yang awalnya dilakukan kira-kira 10 minit oleh seramai 30 doktor kontrak itu diarah bersurai sebelum himpunan sama dilakukan sekali lagi pada pukul 11.35 pagi dengan penglibatan lebih ramai individu.
Himpunan berkenaan juga dikawal ketat oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan Hospital Melaka sejak jam 10.30 pagi.
Seorang doktor kontrak wanita berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, penyertaan himpunan berkenaan bukan untuk mencetuskan provokasi sebaliknya menuntut jaminan penjawatan tetap.
Katanya, dia yang telah menabur khidmat selama lebih tiga tahun mengharapkan kerajaan menyelesaikan isu ini selain membolehkan mereka melanjutkan pelajaran menjadi seorang doktor pakar yang memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam perkhidmatan.
Tambahnya, himpunan kali ini juga dilaksanakan dengan penuh tertib tanpa mengganggu perjalanan perkhidmatan wad di hospital berkenaan.
Terdahulu, Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan merayu supaya doktor kontrak di seluruh negara tidak meneruskan hasrat itu.
Dr Noor Hisham dilaporkan meminta supaya doktor kontrak tidak mengabaikan pesakit dengan melakukan mogok yang boleh menjejaskan ratusan nyawa serta kerjaya mereka sendiri.
Topic Berkaitan
#hartal
#Doktor Kontrak
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
#tunjuk perasaan
#perkhidmatan kontrak
#perkhidmatan tetap
#Hospital Melaka
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan