Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menolak kemungkinan para perwakilan akan membawa usul supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.
Utusan Malaysia melaporkan Harun berkata demikian ketika mengulas reaksi ahli Pas yang mengharapkan pemimpin parti itu menyokong saranan yang dibuatnya sebelum ini demi kebaikan dan kelansungan parti tersebut.
"Kita tengoklah nanti, bergantung kepada keadaan dan sekiranya keadaan memerlukan, usul mengenainya akan dibawa perwakilan dalam Muktamar Pas nanti," katanya.
Harun juga dilaporkan terharu dengan reaksi ahli akar umbi Pas yang menyokong saranan yang dibuat ketika menyampaikan ucaptama Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia baru-baru ini.
Katanya ketika banyak kecaman dilempar terhadapnya, masih ada yang menyokong saranannya itu demi kebaikan Pas.
Harun dalam ucap utama ketika Multaqa Ulama Pas Se-Malaysia di Kedah baru-baru ini menyarankan agar Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat menyemak semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terutama bersama PKR.
Bagaimanapun, saranan Harun ditolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, parti itu akan tetap bersama sekutunya sambil menyifatkannya sebagai satu pakatan yang kukuh dan baik untuk diteruskan.
Sebelum ini, beberapa ahli Pas termasuk ahli Pas cawangan Taman Kucai di Kulim, Kedah, Mohd. Safuan Sulaiman meluahkan kekecewaannya kerana perkara sebaliknya berlaku selepas nasihat serta saranan Harun yang dibuat demi kebaikan parti itu seolah-oleh tidak diendahkan pemimpin-pemimpin Pas.
Mengulas lanjut, Harun dilaporkan berkata saranan beliau supaya tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat dikaji semula bertujuan untuk mengukuh dan memperkasakan hubungan serta kerjasama antara tiga parti dalam gabungan tersebut.
"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, tujuan saya supaya tahaluf siyasi dikaji semula bukan bermakna Pas akan keluar daripada pakatan.
Jangan salah tafsir kenyataan saya, apa yang saya maksudkan adalah untuk memperkasa kerjasama antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Tue Sep 24 2013
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harun Taib tidak tolak perwakilan bawa usul kaji tahaluf siyasi
Harun berkata demikian ketika mengulas reaksi ahli Pas yang mengharapkan pemimpin parti itu menyokong saranan yang dibuatnya sebelum ini.