awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harus rai undangan majlis perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan

Bernama
Bernama
15/05/2025
13:06 MYT
Harus rai undangan majlis perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan
Nooh menegaskan bahawa menjaga akidah adalah tanggungjawab setiap Muslim dan umat Islam hendaklah menjauhi sebarang bentuk penyertaan dalam ritual keagamaan agama lain. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hukum meraikan undangan atau jemputan ke majlis sempena perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadot.
Beliau berkata ia termasuk majlis rumah terbuka atau majlis makan malam bersempena hari perayaan bukan Islam dan seumpamanya, dengan syarat jamuan yang disediakan adalah halal dan tiada hiburan atau aktiviti yang dilarang oleh syarak.
"Bagaimanapun, ulama empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang sama sekali.
"Larangan ini termasuklah upacara ritual keagamaan bukan Islam di rumah ibadat mahupun di tempat lain yang biasa dilaksanakan upacara ritual itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata menghormati penganut agama lain tidak bererti menyokong atau menyertai ibadah mereka, tetapi penyertaan dalam sebarang bentuk perayaan atau ritual keagamaan lain secara langsung atau tidak langsung adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah.
"Penyertaan umat Islam dalam amalan keagamaan bukan Islam membawa kesan buruk seperti menjejaskan kepercayaan tauhid, melanggar batas hukum dan rujukan fatwa sah, mewujudkan pemikiran liberal tanpa panduan syariat serta menjejaskan identiti Islam dalam masyarakat selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan generasi muda," katanya.
Nooh berkata pemakluman berkaitan 'Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam' yang diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2005, dan panduan hukum serta fatwa negeri dalam hal ini boleh dirujuk masyarakat Islam di Malaysia.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa menjaga akidah adalah tanggungjawab setiap Muslim dan umat Islam hendaklah menjauhi sebarang bentuk penyertaan dalam ritual keagamaan agama lain, walaupun atas alasan budaya atau simbolik.
"Institusi pendidikan, masjid dan media perlu memperkukuhkan pendidikan akidah yang betul berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan badan berautoriti perlu bertindak bijaksana membimbing umat agar tidak terjebak dalam kekeliruan nilai antara agama dan budaya.
"Masyarakat awam juga dinasihatkan agar sentiasa memelihara akidah dan sensitiviti agama dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang upacara, perarakan atau ritual keagamaan bukan Islam. Penyertaan sedemikian dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan, mencetuskan polemik serta menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukum
#undangan perayaan bukan islam
#ritual keagamaan
#Nooh Gadot
#larangan syarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan