awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasan Ali: Nasharudin mungkin dipecat

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
28/01/2013
11:05 MYT
Hasan Ali: Nasharudin mungkin dipecat
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Ali tidak menolak kemungkinan Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bakal berdepan nasib sama sepertinya iaitu dipecat daripada PAS.   Beliau melihat tindakan digugurkan daripada Majlis Syura Ulama cerminan kegagalan PAS meneruskan kesinambungan serta kelangsungan pemimpin yang dibentuk oleh Allahyarham Datuk Fadhil Nor.   "Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini", kata Hasan dalam satu kenyataan media.   Hasan menyifatkan berita pemecatan Nasharudin daripada menjadi ahli Majlis Syura Ulama tidak memeranjatkan.   "Nasharudin dilabelkan sebagai pro-UMNO apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin", ujarnya.   Senario terbaru yang melanda Nasharudin ketika ini jelasnya menggembirakan kelompok pro-Anwar didalam PAS.   "Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai", kata Hasan.   Walaubagaimanapun, Hasan yakin Nasharudin bijak mencatur masa depan karier politiknya serta meneruskan perjuangan memartabatkan Islam.
Topic Berkaitan
#dipecat
#Hasan Ali
#Nasharudin
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan