KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) akan membentangkan hasil dapatan Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) Khamis ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata jawatankuasa itu juga akan mengemukakan syor mengenai kadar dan liputan gaji minimum kepada MPGN.
Beliau berkata dalam kajian itu, JTPGN mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus membabitkan wakil majikan dan pekerja, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input tentang impak pelaksanaan gaji minimum terhadap sosioekonomi negara.
"MPGN sentiasa menggunakan pendekatan seimbang dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan sebelum mengemukakan syor untuk pertimbangan serta persetujuan kerajaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Saravanan juga memaklumkan kerangka kenaikan kadar upah tidak dibentang dalam pembentangan Bajet 2022 kerana Kementerian Sumber Manusia, melalui MPGN, masih di peringkat akhir penyediaan Laporan Kajian Semula PGM 2020.
Mengikut Akta MPGN 2011 (Akta 732), PGM hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun manakala PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Feb 2020, maka kajian semula perlu dilaksana dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kuat kuasa perintah itu.
Saravanan juga berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 Okt lepas meluluskan Tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) Kemasukan Pekerja Asing ke Malaysia bagi semua sektor.
Beliau berkata ia mengambil kira SOP yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan berhubung keperluan kesihatan kemasukan pekerja asing ke negara ini dan SOP tambahan daripada Kementerian Sumber Manusia merangkumi aspek prosedur Prapelepasan, Semasa Ketibaan, Selepas Ketibaan (tempoh kuarantin) dan Pasca Kuarantin.
Mengulas isu pembantu rumah asing, Saravanan berkata kementerian itu masih dalam peringkat rundingan bersama dengan pihak Indonesia bagi memuktamad Memorandum Persefahaman mengenai pengambilan Perkhidmatan Domestik Indonesia yang telah tamat pada 30 Mei 2016.
Katanya kerajaan bersedia membuka semula kemasukan pekerja asing bagi semua sektor walaupun perjanjian penggajian dan penghantaran pulang untuk pekerja sektor formal kerajaan Nepal berlaku kelewatan dalam urusan kemasukan yang direncatkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata jawatankuasa itu juga akan mengemukakan syor mengenai kadar dan liputan gaji minimum kepada MPGN. - Gambar fail/Astro AWANI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Hasil dapatan kajian gaji minimum dibentang Khamis ini - Saravanan
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata jawatankuasa itu juga akan mengemukakan syor mengenai kadar dan liputan gaji minimum kepada MPGN.