awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil RM6.6 bilion bukti kerajaan Sabah lakukan terbaik - Hajiji

Bernama
Bernama
31/12/2022
04:50 MYT
Hasil RM6.6 bilion bukti kerajaan Sabah lakukan terbaik - Hajiji
Hajiji berkata sekarang adalah masa untuk semua pihak merapatkan barisan atau saf, bekerjasama dan mengetepikan sebarang perbezaan. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah melakukan yang terbaik bagi membangunkan negeri di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya pada tahun 2022 dengan berjaya meraih hasil sebanyak RM6.6 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata hasil yang dikutip itu merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963, yang juga antara bukti kesungguhan kerajaan Sabah pada masa ini membangun Negeri di Bawah Bayu itu.
Bagaimanapun katanya kerajaan negeri tidak akan berhenti untuk berpuas hati, sebaliknya untuk 2023 kerajaan Sabah terus melaksanakan dasar kukuh bagi membawa lebih banyak pelaburan dan mewujudkan lebih banyak 'spin-offs' ekonomi dengan belanjawan negeri berjumlah RM5.138 bilion.
"Kerajaan negeri juga bakal menerima pelaburan asing serta domestik, terbaru projek keluli hijau bersepadu RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang, dan Sabah dijangka mengutip hasil RM2.45 bilion setahun menerusi royalti dan Cukai Jualan Negeri daripada minyak dan gas.
"Semua kejayaan dan perancangan masa depan ini tidak akan bermakna jika kita tidak mempunyai persekitaran yang kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan. Bagi memastikan keadaan ini, adalah penting untuk kita mempunyai kestabilan politik," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Hajiji berkata dengan bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 kini reda, sekarang adalah masa untuk semua pihak merapatkan barisan atau saf, bekerjasama dan mengetepikan sebarang perbezaan bagi terus melakukan yang terbaik untuk Sabah terutamanya rakyat yang bernaung di bawahnya.
"Kita mesti menghalang sebarang bentuk perpecahan yang hanya akan memisahkan kita. Kita melangkah ke tahun baharu dengan azam, bersatu dalam kepelbagaian dan melakukan yang terbaik mengikut mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#hasil
#Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan