awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil siasatan tentukan tindakan atas kartel beras - Mat Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
08:05 MYT
Hasil siasatan tentukan tindakan atas kartel beras - Mat Sabu
Mohamad (kiri) bersalaman dengan petani yang hadir pada Majlis Perasmian SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam di Pasir Puteh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan bahawa hasil siasatan menjadi penentu kepada setiap hukuman yang akan dikenakan berkait isu kartel beras.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sesiapa pun boleh membuat tuduhan namun siasatan tersebut penting untuk melihat sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau sebaliknya.
"Dalam isu kartel ini, kalau ada laporan...kita akan ambil tindakan dengan menjalankan siasatan," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan, KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras sedang bekerjsama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat isu kartel yang didakwa menekan nasib pesawah.
Sementara itu, Mohamad berkata, KPKM sama sekali tidak akan campur tangan dan memberikan kebebasan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu terbabit.
Terdahulu, beliau merasmikan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di bendang Tok Ajam di sini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kartel beras
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mohamad Sabu
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan