awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasilkan video VFX isu Palestin, Sofyank ajak warganet sebar kebenaran

Bernama
Bernama
28/10/2023
22:15 MYT
Hasilkan video VFX isu Palestin, Sofyank ajak warganet sebar kebenaran
Rakyat Palestin menyelamatkan mangsa yang cedera di bawah runtuhan bangunan akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Gaza. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Tidak terkecuali, pereka kandungan digital tanah air Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah yang telah menghasilkan satu video pendek menggunakan teknik kesan visual VFX sehingga ia tular bagi menyampaikan mesej berkaitan isu Palestin kerana sebahagian media Barat tidak melaporkan situasi sebenar yang berlaku di sana.
Dalam klip video kurang satu minit itu, kelihatan Sofyank mencetak beberapa helai kertas lukisan bersaiz A4 yang antara lain memaparkan potret rakyat Palestin sedang bersedih di tanah air sendiri, kereta kebal, bangunan terbakar hasil kerjasama dengan seorang pelukis, Qurnia Izzat.
Cetakan kertas lukisan itu kemudiannya dibuat lubang dengan memotongnya sedikit di bahagian tertentu lukisan berkenaan seperti bahagian mulut, mata dan meriam kereta kebal dan menerusi sorotan kamera pada lubang yang dibuat pada lukisan-lukisan yang telah disusun itu, penonton seolah-olah di bawa menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dalam laporan berita televisyen .
Dalam hantaran video itu itu juga Sofyank menyampaikan mesej bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai "kuasa" yang hebat dalam menyampaikan tentang apa sahaja kebenaran yang berlaku di Palestin sekarang.
"Kita mempunyai kuasa untuk menyebarkan kebenaran, marilah kita kongsikan apa yang kita tahu sehingga dunia sedar apa yang berlaku," menurut Sofyank pada ciapan video yang dikongsinya itu selain turut mengajak orang ramai sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
Video tersebut yang sohor kini di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi positif dan juga pujian netizen kerana menggunakan kreativiti melalui platform sedia ada bagi menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#Sofyank
#video VFX
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan