awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Anwar jadi pemimpin 'utama' sudah terlewat - TPM Zahid

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2018
03:21 MYT
Hasrat Anwar jadi pemimpin 'utama' sudah terlewat - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa menghormati keputusan mahkamah serta pelaksanaan hukuman penjara oleh Jabatan Penjara terhadap seseorang tahanan. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan utama kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin sudah terlewat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa menghormati keputusan mahkamah serta pelaksanaan hukuman penjara oleh Jabatan Penjara Malaysia terhadap seseorang tahanan.
"Kerajaan Malaysia tentunya akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah selain tempoh sesuatu hukuman itu harus dihormati oleh semua pihak.
"Pada hemat saya, tarikh yang disebut dalam sidang media semalam itu tarikh yang dijangkakan (pembebasan Anwar), tapi jika hari besar (PRU14) dibuat lebih awal, maka agak terlewat untuk menjadi tokoh yang penting di negara ini," katanya sebagai mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, bahawa suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melepaskan 2,300 peserta Larian Amal Antartika 2018 di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#mahkamah
#Parti Keadilan Rakyat
#penjara
#pilihan raya
#PRU14
#Wan Azizah Wan Ismail
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan