awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian

Bernama
Bernama
21/07/2020
01:51 MYT
Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian
Kerajaan negeri Sarawak sedia menanggung kos operasi dalam menyediakan perkhidmatan itu asalkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses Internet. - Gambar hiasan
Hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk memiliki penyedia perkhidmatan Internet mudah alih sendiri adalah rancangan jangka panjang yang bertujuan memperluas liputan rangkaian Internet di seluruh negeri, terutama di kawasan luar bandar, kata Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi.
Beliau berkata negeri ini tidak boleh bergantung kepada syarikat telekomunikasi sedia ada semata-mata kerana keutamaan mereka adalah luas dan tidak tertumpu sepenuhnya kepada keperluan rakyat Sarawak.
"Itulah sebab mengapa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mempelopori ekonomi digital merasakan bahawa langkah terbaik (untuk menyelesaikan isu ketersambungan) adalah menubuhkan syarikat penyedia Internet Sarawak sendiri," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi swasta mengutamakan keuntungan, oleh itu mereka tidak berminat untuk memperluaskan liputan Internet ke kawasan terpencil di kawasan pedalaman bagi kemudahan penduduk di situ.
"Dengan Internet menjadi keperluan harian buat semua sektor masyarakat, Sarawak perlu mempunyai syarikat penyedia Internet sendiri," katanya.
Rabu lepas, Abang Johari berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan memohon lesen Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi membangunkan perkhidmatan Internet di kawasan luar bandar di negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri bersedia menanggung kos operasi dalam menyediakan perkhidmatan itu asalkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses Internet.
"Perkara ini (permohonan lesen USP) adalah untuk menyelesaikan masalah kurangnya liputan di kawasan luar bandar oleh syarikat telekomunikasi sedia ada," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#Abdul Rahman Junaidi
#Internet mudah alih
#kerajaan negeri
#Lembaga Multimedia Sarawak
#penyedia
#perkhidmatan Internet
#Saifuddin Abdullah
#Sarawak
#syarikat telekomunikasi
#USP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan