awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai

Bernama
Bernama
30/05/2020
20:05 MYT
Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei. - Gambar fail
Berikutan kekurangan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP), seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berhasrat menderma darah walaupun telah berbuat demikian pada bulan lepas.
Pemangku Presiden Rela Pulau Pinang Lim Poh Tek berkata beliau telah menderma darah pada 10 April di sebuah hospital swasta dan ingin melakukannya sekali lagi pada program anjuran St John Ambulans Malaysia di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini.
Namun, hasrat Lim tidak tercapai kerana menurut petugas program itu, beliau hanya boleh menderma darah tiga bulan selepas kali terakhir beliau berbuat demikian, selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Saya mahu menderma darah jika diberi peluang tetapi ketika ini saya hanya boleh memberi sokongan kepada rakan-rakan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Turut bersama beliau untuk menderma darah adalah tujuh lagi anggota Rela.
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei.
Menurut Lim, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan bilangan penderma darah di Pulau Pinang berkurangan.
Sementara itu, Penolong Pegawai Pegawai Maklumat Jabatan Transfusi Perubatan HPP Marshita Othman berkata kempen derma darah hari ini mendapat sambutan menggalakkan, melebihi sasaran 60 penderma.
"Kemungkinan kami mampu mengumpul 140 beg darah pada akhir program di Pulau Pinang hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#derma darah
#Hospital Pulau Pinang
#HPP
#Jabatan Sukarelawan Malaysia
#Lim Pok Tek
#pegawai Rela
#St John Ambulans Malaysi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan