Tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari, 90 tahun meninggal dunia meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Allahyarham Hassan dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan.

Tokoh Maal Hijrah 2002 itu pernah menjadi pengajar rancangan Muqaddam di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan merupakan individu yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.