awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan

Nailah Huda
Nailah Huda
12/02/2023
09:00 MYT
Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai secara bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.
Keputusan itu dibuat oleh Pengerusi Badan Penasihat Khas, Tan Sri Mohd Hassan Marican pada mesyuarat sulung badan berkenaan pada 10 Februari lalu.
“Sebuah sekretariat untuk menyokong operasi Badan Penasihat Khas telah dibentuk dan terletak di Menara Berkembar Petronas.
“Tan Sri Hassan sebagai Pengerusi Badan Penasihat Khas turut telah mempelawa Nurul Izzah Anwar untuk mengetuai bersama sekretariat itu bersama Khairil Anuar Ramli,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar
Badan Penasihat MOF | Nurul Izzah dijemput ketuai sekretariat bantu operasi
Antara lain, jelas Mohd Hassan, peranan utama Badan Penasihat itu adalah untuk menasihati Menteri Kewangan mengenai cara untuk meningkatkan asas hasil negara serta mengurangkan perbelanjaan mengurus.
Mereka juga akan menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara berkaitan subsidi, termasuk menyemak dan menstruktur semula subsidi sedia ada serta menyediakan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.
Badan itu turut akan memberi nasihat mengenai perkara berhubung syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk menentukan relevannya dalam konteks semasa, selain perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus yang baik.
“Badan Penasihat melapor secara langsung kepada Menteri Kewangan dan akan bermesyuarat sekerap mungkin, bergantung kepada keperluan,” katanya.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi di Asia Europe Institute Universiti Malaya Datuk Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School Yeah Kim Leng.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Anwar Ibrahim
#Sekretariat Badan Penasihat
#Tan Sri Mohd Hassan Marican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan