awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional

Bernama
Bernama
29/05/2022
03:45 MYT
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Perdana Menteri dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 kepada semua wartawan dan pengamal media di negara ini.
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
"Jumpa petang ini di Melaka!" katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.
Majlis perasmian HAWANA 2022 oleh Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh Bernama TV (Astro 502), RTM dan Astro AWANI mulai 2.30 petang.
Selamat Hari Wartawan Nasional kepada wartawan dan pengamal media. Suara Jelata, Aspirasi Negara. Jumpa petang ini di Melaka! pic.twitter.com/OE2Ckn6Umk
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) May 29, 2022
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana penularan COVID-19, HAWANA 2022 disambut di Melaka yang bakal menyaksikan Deklarasi Melaka 2022 dibacakan.
Deklarasi itu mengandungi pandangan dan hasrat wartawan serta aspirasi mereka dalam melaksanakan tugasan serta peranan bersama-sama dalam membangun negara.
Selain itu acara kemuncak adalah penyampaian Anugerah HAWANA 2022 kepada wartawan profesional/individu/organisasi yang memberi sumbangan besar, bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya dihasilkan.
Perhimpunan terbesar bagi memperingati dan menghargai profesion kewartawanan di Malaysia yang merupakan wira tidak didendang itu turut dihadiri wakil wartawan dari Indonesia dan Vietnam.
Tarikh 29 Mei ditetapkan sebagai sambutan Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Hari Wartawan Nasional
#HAWANA 2022
#pengamal media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan