awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HAWANA: Tabung Khas bantu wartawan veteran, bekas pengamal media bakal dilancarkan

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2023
16:08 MYT
HAWANA: Tabung Khas bantu wartawan veteran, bekas pengamal media bakal dilancarkan
Fahmi berkata, pihaknya akan menjejaki wartawan yang memerlukan bantuan dan memberikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan sewajarnya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan tabung khas bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Tabung Kasih@HAWANA itu diperkenalkan kementeriannya menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Beliau memberitahu, di bawah inisiatif itu, pihaknya akan menjejaki wartawan yang memerlukan bantuan dan memberikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan sewajarnya.
"Alhamdulillah kita sudah menyantuni dua orang rakan kita iaitu bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus.
"Sehubungan dengan itu, saya amat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk Tabung Kasih@HAWANA demi menjayakan hasrat murni membantu rakan-rakan media kita," katanya pada Prapelancaran Hari HAWANA 2023, di Wisma Bernama, pada Isnin.
Sementara itu, Fahmi berkata HAWANA 2023 bertemakan Media Bebas, Tunjang Demokrasi yang akan berlangsung di Ipoh, Perak itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dimaklumkan HAWANA 2023 menerima sambutan amat menggalakkan dengan ramai pengamal media menerusi organisasi dan persatuan media tempatan dan antarabangsa menyuarakan hasrat untuk turut sama memeriahkan majlis ini dan difahamkan, kira-kira 1,000 orang daripada kalangan wartawan, jurufoto, jurugambar dan penyiar akan berhimpun di Hotel Casuarina Meru di Ipoh pada majlis kemuncak sambutan ini," ujarnya.
Beliau berkata, sejumlah besar wartawan dari negara ASEAN juga akan menyertai Forum Media yang diadakan untuk membincangkan mengenai survival industri media khususnya di rantau ini.
HAWANA 2023 menerima 19 penajaan antaranya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Public Bank, Malaysia Palm Oil Green Conservation Foundation (MPPGCF), Bank Islam Malaysia Bhd, dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Topic Berkaitan
#Hari Wartawan Nasional
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Perdana Menteri
#Forum Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan