Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu menghayati sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban yang disambut esok, dengan sentiasa patuh dan taat terhadap perintah Allah SWT.
Beliau berkata umat Islam mestilah sentiasa patuh dan taat kepada segala titah perintah Allah SWT sepertimana patuh dan taatnya Nabi Ibrahim A.S dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ismail A.S.
"Ketaatan kita kepada perintah Allah SWT hendaklah dizahirkan dengan cara menjunjung syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah dan menjadikan ajaran Islam yang syumul sebagai cara hidup kita.
"Semoga kita semua akan dapat mencontohi sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT seperti yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S," katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha, di sini hari ini.
Beliau berkata, umat Islam perlu bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Muhyiddin berkata ibadah korban yang dilaksanakan merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperoleh keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Katanya, ibadah tersebut juga merupakan tanda mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
"Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan olehNya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi," katanya.
Muhyiddin bersama-sama keluarganya yang kini berada di tanah suci Makkah untuk mengerjakan ibadah haji turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keamanan, dimurahkan rezeki dan dijauhi daripada segala musibah dan bala bencana.
"Semoga anda semua senantiasa dikurniakan nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT. Selamat Hari Raya Idul Adha daripada saya sekeluarga buat seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.
Bernama
Sat Oct 04 2014
MUHYIDDIN: Hayati pengajaran peristiwan pengorbanan nabi dan rasul - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Hayati pengajaran peristiwa pengorbanan nabi dan rasul - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu menghayati sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban yang disambut esok, dengan sentiasa patuh dan taat terhadap perintah Allah SWT.
Perutusan Aidil Adha 1435H Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban.