awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
Powell dedah sedang disiasat, enggan akur tekanan politik Trump
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati sambutan Hari Kebangsaan, hargai jasa atlet, tokoh seni - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
25/08/2025
20:15 MYT
Hayati sambutan Hari Kebangsaan, hargai jasa atlet, tokoh seni - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Semangat juang ini ialah terjemahan nilai kemerdekaan sebenar, bersatu padu dalam kepelbagaian, berpadu tenaga menjulang nama Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai untuk menghayati sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan menzahirkan penghargaan kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara serta tokoh seni yang mengangkat budaya bangsa di persada dunia.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat menghayati Hari Kebangsaan ke-68 dengan menghargai jasa atlet dan tokoh seni yang mengharumkan nama negara.
  • Beliau menegaskan mereka adalah lambang semangat patriotisme, keberanian dan cinta tanah air yang sebenar.
  • Ahmad Zahid mengajak rakyat terus menyemarakkan semangat kemerdekaan untuk membina Malaysia MADANI yang maju dan disegani.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin malam, Ahmad Zahid berkata mereka ialah lambang keutuhan semangat patriotisme yang mencerminkan keberanian, kegigihan dan cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi.
"Semangat juang ini ialah terjemahan nilai kemerdekaan sebenar, bersatu padu dalam kepelbagaian, berpadu tenaga menjulang nama Malaysia. Setiap sorakan di stadium, setiap alunan karya seni dan setiap denyut nadi rakyat yang bersatu, semuanya mengangkat erti kemerdekaan yang sejati.
"Bersempena dengan Bulan Kebangsaan ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat cintakan tanah air dengan tekad untuk bersama-sama membina Malaysia MADANI yang lebih maju, berdaya tahan dan disegani di mata dunia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!" katanya.
Menerusi hantaran itu, Ahmad Zahid turut berkongsi video pendek memaparkan kejayaan beberapa atlet negara termasuk Datuk Seri Lee Chong Wei dan Datuk Azizulhasni Awang serta tokoh seni seperti Datuk Michelle Yeoh dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Ahmad Zahid Hamidi
#tokoh seni
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan