KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.
Beliau adalah antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa tarikh itu.
Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru dalam kenyataan berkata tempat Hazani akan diganti Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.
Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar M M Sree yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
"Turut ditukarkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dengan memangku pangkat CP," katanya.
Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Jawatan Rusdi akan digantikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dengan memangku pangkat SAC.
Sementara jawatan Mohamad Zainal pula akan diambil alih oleh Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman, ACP Noor Dellhan Yahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021

Hazani adalah antara 64 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 6 September 2021. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Elavarasan berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah
Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka

AWANI Ringkas: RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2023 dibentang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.

Kes bunuh pemandu e-hailing di Tawau bermotif cemburu - Polis
Kes bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu.

Polis sangkal laporan plot terbaharu tawan Sabah dari selatan Filipina
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah menafikan dakwaan berhubung 19 "datuk bandar" dari selatan Filipina terlibat dalam plot baharu untuk menawan negeri itu adalah tidak benar.

Idris ganti Hazani kemudi Polis Kontinjen Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.

Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.

Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu berkuat kuasa 6 Sept
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.

Tiga penjawat awam ditahan disyaki terlibat dalam penyeludupan migran
Difahamkan, mereka menggunakan kenderaan dengan logo kerajaan bagi mengaburi mata pasukan keselamatan.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
Polis menyiasat laporan polis seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa dicabul salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan.

Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf diserah kepada Filipina
Penyerahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Filipina oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang diwakili Ketua Penguatkuasa Imigresen Sandakan Muhammad Isa Hasley.

Isu sumbangan 2 juta vaksin: Yong Chee Kong tampil beri keterangan kepada polis
Individu yang terpalit isu sumbangan vaksin, Yong Chee Kong, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini untuk mengambil proses keterangan.

Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf
Polis Sabah berjaya melumpuhkan satu kumpulan kecil militan Abu Sayyaf dengan menembak mati lima individu di kawasan rumah setinggan di Beaufort