awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HBP cari waris dua mayat tidak dituntut

Bernama
Bernama
25/12/2022
21:00 MYT
HBP cari waris dua mayat tidak dituntut
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mayat berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Pengurusan Hospital Balik Pulau. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada dua lelaki warga emas yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu kerana tidak dituntut.
HBP dalam kenyataan media berkata mayat pertama dikenali sebagai Abu Bakar Mohamed Sheriff, 63, beralamat terakhir di Blok 42B-23-23 Pangsapuri Sri Saujana, Georgetown dekat sini dan meninggal dunia akibat pneumonia pada 15 Dis lalu.
"Mayat kedua yang merupakan seorang lelaki berusia 70 tahun bernama Lee Kok Yeow beralamat terakhir di Nombor 244 Jalan CY Choy, Georgetown maut akibat sindrom koronari akut pada 26 Nov lepas," katanya di sini semalam.
Pihak HBP telah cuba mengesan ahli keluarga dan waris kepada dua lelaki warga emas itu termasuk ke alamat terakhir namun gagal menemukan mereka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mayat berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Pengurusan Hospital Balik Pulau, Mohd Shukeri Md Zain di talian 04-866 9333/115 untuk menyalurkan maklumat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat tidak dituntut
#Hospital Balik Pulau
#dua lelaki warga emas
#waris mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan